Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan pd apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.
2) Tolong jaga adik : RM4.
3) Tolong buang sampah : RM1.
4) Tolong kemas bilik : RM2.
5) Tolong siram bunga : RM3.
6) Tolong sapu sampah : RM3.
Jumlah : RM17.
Selesai
membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air
mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada
mukasurat yang sama ditulisnya.
0 comments